Monday 14 January 2013

Sakit Apendiks/Radang Apendiks Pecah







“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah syukur atas nikmat yang telah Allah s.w.t. kurniakan kepada kita yang masih bernafas, serta selawat dan salam buat Junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda s.a.w. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi'in sekalian.

Mohon kemaafan disebabkan blog ini sunyi sepi tanpa sebarang lembaran terkini. Sebenarnya saya aka penulis blog ini sendiri telah dimasukkan hospital akibat pecah apendiks/apendicitis. Bagi yang tak tahu apa itu apendiks, boleh lihat di link bawah.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Apendiks

Sebenarnya, sakit apendiks atau dipanggil radang apendiks ini memerlukan pembedahan segera dan tidak boleh ditangguh kerana ia melibatkan nyawa. Lebih teruk jika apendiks tersebut pecah dan bernanah di dalam abdomen sepertimana yang dialami oleh diri saya sendiri. Saya sendiri pun sukar nak percaya yang saya mengalami sakit apendiks lebih dari seminggu sebelum disahkan mengidap sakit apendiks ni. Tapi Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t., kini saya telah selamat menjalani pembedahan dan merehatkan diri.


Disini saya ingin berkongsi pengalaman bahawa betapa pentingnya kita perlu tahu sakit apendiks ni dan juga apa yang perlu kita bersedia jika kita mengalami sakit atau kemalangan yang tiba-tiba seperti ini. Ia sama seperti ajal. Ia datang, tak diundang. 


Awalnya, saya telah mengalami simptom awal sakit apendiks iaitu sakit di bahagian bawah perut (abdomen) dan demam. Pada mulanya, saya anggap ia hanyalah demam biasa dan masih boleh bermain futsal dengan rakan sepejabat. Selepas beberapa hari, demam reda tapi sakit di bahagian perut masih ada. Keadaan di bahagian abdomen mula membesar (bloated) dan keras disebabkan angin. Saya masih menganggap ianya normal dan hanya sapu minyak angin serta minum Eno halia bagi membuang angin tersebut. Namun ia semakin membesar dan keras seperti buncit dari hari ke hari dan ia bertambah sakit ketika mula mengidap batuk yang berpanjangan. Demam pun datang semula. Badan mula rasa tak larat. Ketika itu, keadaan kereta saya pun 'sakit' gak. Macam-macam yang saya buat (memang emosi terganggu masa tu).


Kemudian saya mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan kerajaan (niat nak pergi ke klinik kerajaan pun disebabkan bayaran hanya RM1). Hari tersebut adalah Jumaat. Pagi tu, saya meminta rakan pejabat menghantar saya ke klinik kesihatan tersebut. Doktor cuma kata saya hanya mengidap demam biasa dan sakit di bahagian abdomen tu mungkin berpunca dari batu karang (saya telah disahkan mengidap sakit batu karang oleh klinik tersebut, dua bulan sebelum kejadian). Kencing saya ketika itu masih mengandungi darah dan doktor hanya bagi U-lite bagi menghakis batu karang tersebut. Saya juga diberi panadol dan antibiotik bagi meredakan demam.


Keesokan hari, badan masih terasa lemah dan sakit abdomen tapi ia tak menghalang saya untuk melakukan tugas pada hari tersebut. Pagi tu, saya kuatkan diri sebab tanggungjawab cikgu untuk ajar tuition di Shah Alam, iaitu rumah student saya aka adik kepada rakan saya yang juga merangkap agen insurans saya, Diane Mustapar. Pada sebelah petang, sakit di abdomen masih tak berkurangan malah makin bertambah sakitnya ketika batuk. Saya terpaksa cancel kan aktiviti petang tu bersama rakan saya, Amir. Keluarga saya tiada di rumah. Yang ada hanyalah saya dan adik saya. Kemudian saya kuatkan diri untuk drive seorang diri ke klinik swasta setelah ubat yang saya ambil tu tak meredakan sakit walaupun sedikit. 


Sampai di klinik, saya berjalan dalam keadaan membongkok sebab menahan sakit. Doktor terkejut melihat keadaan saya. Setelah melakukan pemeriksaan, doktor sahkan saya mengidap apendiks tahap kritikal dan perlu buat pembedahan di hospital dengan segera. Ketika itu, memang saya terkejut, tambah lagi dengan kesakitan. Saya mula fikir rasional, siapa nak hantar saya ke hospital sebab memang tak larat nak drive malam dan jauh, malahan klinik tersebut tiada kemudahan ambulans. Kemudian saya teringat agen insurans saya, Diane. Saya minta tolong Diane untuk mengambil saya di klinik dan terus ke hospital berdekatan. Diane sanggup datang dari Shah Alam (penat dia tak reda lagi sebab jaga booth di Banting pada siang hari) untuk jemput saya di Kelana Jaya. Memang agen insurans yang bagus dan prihatin.


Dalam perjalanan ke hospital (pada pukul 8.00 mlm), Diane menerangkan yang saya boleh menggunakan medical card insurans saya bagi menampung segala kemungkinan kos rawatan, pembedahan termasuk sewa wad. Dia pun sarankan saya ke KPJ Damansara Specialist Hospital (antara hospital mahal kot tapi nasib baik insurans yang tampung). Setiba di hospital, saya dan Diane terus ke kaunter Kecemasan. Masa tu, ramai orang juga yang menunggu giliran untuk berjumpa doktor yang bertugas. Sampai giliran saya, doktor pun membuat pemeriksaan dan mengesahkan saya perlu menjalani pembedahan. Dan ketika saya ingin bangun dari duduk, saya rasa sakit yang teramat sangat. Berdiri tak boleh, duduk tak boleh, baring tak boleh. Saya hanya mampu menangis dan meminta tolong doktor memberikan ubat tahan sakit/painkiller. Hanya orang-orang yang berada disitu termasuk Diane saja yang tahu keadaan masa tu. Apa yang saya rasakan, hanyalah sakit semata-mata. Setelah disuntik painkiller, sakit mula berkurangan tapi badan terasa lemah sebab terlalu menahan sakit tadi. Saya terduduk sambil kepala dan tangan di atas meja doktor dalam keadaan separuh sedar. Hanya yang saya dengar hanyalah suara Diane,"Zul, kau masih hidup ke?". Dalam keadaan separuh sedar tu, saya diangkat dan dipangku oleh doktor dan Diane sendiri ke kerusi roda/wheelchair (bak kata Diane, saya memang berat ketika diangkat ke wheelchair). Hehe.


Tak lama kemudian, saya ditukarkan ke atas katil beroda dan datanglah doktor tadi bertanyakan keadaan saya. Sakit masih ada walaupun disuntik painkiller tadi, cuma berkurangan sahaja. Seperti biasa, saya menjalani prosedur biasa iaitu analisa ultrasound, x-ray dan diambil sample darah. Diane pula menelefon dan sms kepada keluarga saya termasuk cik tunang saya. Ketika saya menunggu pengesahan GL dari pihak insurans Prudential untuk saya dibenarkan admit into hospital, Dr. Naqiyah iaitu doktor yang akan menjalani pembedahan saya, terkejut melihat keadaan perut yang membulat besar dan keras seperti mengandung. Dia menerangkan bahawa kemungkinan abdomen saya membengkak dan angin berada di dalam perut.


Saya diberitahu bahawa pembedahan saya pada pukul 9 pagi esoknya (hari ahad) dan saya juga diberi pilihan samada menjalani pembedahan cara biasa iaitu torehan di bahagian kanan abdomen atau pembedahan Laparoscopic iaitu tiga lubang kecil di bahagian atas, kiri dan kanan abdomen. Bezanya adalah pembedahan Laparoscopic tidak meninggalkan kesan parut akibat pembedahan dan proses sembuh pun cepat berbanding dengan pembedahan biasa yang melibatkan torehan besar. Kos pembedahan Laparoscopic juga tinggi iaitu sekitar RM13k berbanding pembedahan biasa yang cuma sekitar RM11k. Saya pilih pembedahan biasa sebab inginkan ada parut (baru macho). Hehe.



Link ini menunjukkan pembedahan Laparoscopic.
http://medikdrzaki.wordpress.com/2011/02/05/penyakit-apendiks/



Tepat pukul 12.30 tgh malam, saya dimasukkan ke wad surgeri. Tak lama kemudian, Diane datang membawa makanan tapi saya hanya mampu makan sedikit sahaja. Kemudian Diane terus pulang setelah memastikan keadaan saya dan keselesaan wad. Itu memang tugas agen insurans untuk memastikan keselesaan wad untuk client nya. Esok dia perlu memastikan GL insurans saya approved. Malam tu, saya terus tidur lena disebabkan badan yang penat akibat menahan sakit sebelum ini, tetapi terjaga pada pukul 3 pagi sebab kesan painkiller yang hilang. Nurse yang bertugas malam tu terus memberikan suntikan painkiller dan saya tidur semula.

Esoknya, saya hanya tersedar ketika doktor bius datang dan staf nurse yang ada meminta saya memakai baju pesakit (baju menutupi sehingga lutut dan tiada seluar). Kemudian saya terus dibawa dengan katil beroda ke Dewan Pembedahan. Keadaan dewan yang besar dan memang teramat cerah  dan terang dengan lampu serta sejuk (macam dalam TV, cuma tiada suasana riuh rendah). Setelah tangan saya diikat, saya dibius dengan mudah di bahagian atas dada dan apabila saya sedar, saya telah dimasukkan ke wad semula. Rupa-rupanya pembedahan telah selesai dan keadaan saya ketika itu terasa berat untuk bangun dan penat sambil keadaan batuk yang menyakitkan. Kelihatan pembalut kasa yang besar dan tebal di bahagian kanan abdomen dan satu saluran tiub yang dipenuhi lendir berdarah keluar ke beg plastik perubatan. Masih terasa sakit dan jika perlu, saya akan disuntik painkiller (satu suntikan painkiller boleh diambil setiap 8 jam sekali. Jika diambil kerap, boleh mendatangkan ketagihan ubat/dadah).


Pada sebelah petang, kesemua keluarga saya hadir melawat saya termasuklah keluarga cik tunang saya yang datang pada lewat petang. Kesemuanya datang membawa makanan dan minuman tapi saya masih tiada selera untuk makan minum (salah satu simptom apendiks). Pada sebelah malam, saya masih berseorang diri sambil ditemani pesakit di dalam bilik wad yang sama. Jika perlukan bantuan seperti buang air kecil atau perlukan suntikan, saya akan menekan butang untuk memanggil nurse yang bertugas. Seperti biasa, saya akan terbangun pada pertengahan malam disebabkan kesan painkiller yang hilang dan saya perlu menunggu  sehingga Subuh untuk mendapatkan suntikan seterusnya. Saya paksakan diri untuk tidur semula walaupun dalam keadaan sakit.


Pada hari kedua di wad, Dr. Naqiyah telah datang memeriksa bahagian abdomen saya yang masih bulat dan kembung. Memang tak boleh buangkan angin ke bawah (kentut). Cara yang terbaik adalah buang angin dan cecair dalam perut melalui rongga atas. Nurse yang bertugas memasukkan saluran tiub dari hidung ke bahagian dalam perut, melalui kerongkong. Ketika ini, memang terasa menyeksakan dan saya sendiri telah muntah beberapa kali semasa hendak memasukkan tiub tersebut (cara nurse memasukkan tiub pun memang kasar, dua kali tiub keluar masuk sebab tak sampai ke bahagian dalam perut). Bayangkan rongga kerongkong kita dimasukkan saluran tiub yang bergesel dengan anak tekak yang menyebabkan saya terbatuk untuk mengeluarkan kahak yang sentiasa tersangkut di anak tekak (dahla sakit di bahagian pembedahan masa nak batuk tu). Sepanjang hari saya terasa kepenatan dan tak mampu bergerak disebabkan tiub yang telah dimasukkan, apatah lagi nak bercakap. Cuma bercakap perlahan je. Handphone di dalam laci sentiasa berbunyi dengan call dan sms tapi saya tidak larat untuk bergerak mengambil handphone. Saya mengambil keputusan untuk berehat dan tidur sepanjang hari dan tiada yang hadir melawat saya (mungkin sebab hari Isnin, hari bekerja). Pada sebelah malam, saya kuatkan diri untuk bergerak mengambil handphone dan menghantar sms yang perlu sahaja. Sekitar pukul 10 malam, Diane datang melawat saya bersama sahabat karib saya, Azraee, menemani saya sehingga pukul 11 lebih. Malam tu juga, cik tunang datang menemani saya sehingga keesokan hari, atas permintaan dan pertolongan Diane juga. Seperti biasa, saya terjaga pertengahan malam dan tidur setelah mendapat suntikan.


Pada hari keesokannya pula, pagi cuti Krismas, keluarga saya datang melawat saya. Hari tu juga, emak mengambil keputusan untuk menemani saya di hospital. Cik tunang pulang pada sebelah petang setelah penat menemani saya (kesian dia). Sehingga ke malam, emak banyak membantu seperti membantu saya berwuduk dan buang air kecil. Hari tu, saya tak banyak bergerak dan sentiasa terbaring. Pada malam tersebut, selepas selesai solat Isya', saya dapat tidur dengan lena (walaupun kadang2 tersedar dan tidur semula). Mungkin dah biasa dengan rasa sakit. Emak pula yang tidak dapat tidur dengan selesa (sebab tidur kat kerusi dan sejuk aircond).


Hari Rabu (26 Dis '12), seperti biasa, ramai yang melawat saya termasuk bos dan rakan sepejabat serta sahabat -sahabat yang datang melihat keadaan kesihatan saya dari waktu pagi hingga waktu tengah malam (malam tu ada live bola sepak EPL). Ada yang datang membawa makanan dan minuman, namun saya masih tidak berselera untuk makan disamping tiub yang masih terlekat di kerongkong. Seperti biasa, saya tidur lena pada malam tersebut walaupun rasa sakit.


Hari Khamis pula, selepas selesai solat Subuh, saya telah kuatkan diri untuk berdiri dengan sendiri dan berjalan seorang diri dengan perlahan (teramat perlahan) ke tingkap buat pertama kali sejak dimasukkan ke wad, bagi melihat cahaya matahari yang mula terbit. Suasana ketika itu memang indah dengan suasana sejuk pagi. Keadaan di sekitar hospital ketika itu tidaklah sibuk. Mak masih tidur di kerusi selepas solat Subuh. Saya mula kuatkan diri berjalan seorang diri ke sekitar wad surgeri dalam keadaan terbongkok sambil memegang beg plastik perubatan yang berisi lendir berdarah daripada bahagian abdomen. Pagi itu juga, saya sedang duduk ketika Dr. Naqiyah datang memeriksa keadaan saya. Alhamdulillah, perut saya tidak kembung dan keras seperti sebelum ini (malah saya dah boleh kentut..hehe) dan Dr. Naqiyah terus meminta nurse mengeluarkan saluran tiub dari dalam perut. Saya adalah orang yang paling gembira semasa mendengar kata-kata doktor tu dan saya sendiri telah mengeluarkan saluran tiub tu sebelum sempat nurse lakukan (saya lakukan dengan berhati-hati, memang terasa pedih di bahagian kerongkong bila saluran tiub dikeluarkan secara amat perlahan-lahan). Pada masa yang sama, Dr. Naqiyah telah menerangkan kepada emak bahawa apendiks saya sebenarnya telah pecah sebelum pembedahan lagi dan tempoh pembedahan yang biasanya mengambil 45 minit telah dipanjangkan sehingga lebih dua jam. Ia disebabkan proses mencuci kuman dari apendiks yang pecah, yang kemudiannya telah merebak ke bahagian abdomen yang lain termasuk bahagian usus. Dr. Naqiyah menjelaskan, saya mungkin telah mengalami sakit apendiks lebih dua bulan (ketika itu, simptom yang saya alami adalah kencing berdarah) dan kemungkinan besar apendiks saya telah pecah lebih dari seminggu atau dua minggu sebelum pembedahan. Biasanya perut akan kembung dan mengeras setelah apendiks pecah dan menyebabkan tidak mampu membuang angin dan menyahtinja. 



Nak tahu lebih lanjut, boleh klik kat link di bawah.

http://keluargaavail.blogspot.com/2012/01/simptom-radang-apendik-apendiks.html



Pada waktu malam, cik tunang datang dengan sahabatnya dan ingin menemani saya dan emak serta membantu apa yang perlu. Malam itu juga, sebelum solat Isya', saya memaksa diri untuk makan buat kali pertama dalam tempoh 5 hari. Makan pun cuma berbentuk buah dan minum air mangga dan air zam zam. Terasa lega tekak bila dibasahi dengan air. Tapi masih batuk untuk mengeluarkan kahak.  Memang terasa sakit di bahagian kanan abdomen tapi lama kelamaan, ia menjadi biasa walaupun tanpa suntikan painkiller. Cuma waktu ingin tidur malam sahaja baru saya minta disuntik sebab nak tidur dengan nyenyak. Risau ketagih nanti.

Jumaat telah tiba dan ianya adalah hari keenam saya berada di hospital. Pukul 9.00 pagi, saya menjalani satu pembedahan lagi, bagi mencuci luka di abdomen dan mengelak kuman. Sebelum masuk ke dewan bedah, saya telah ditempatkan di satu ruang menunggu dimana saya dapat rasakan saya telah ditempatkan bersebelahan jasad yang tidak bernyawa (masa tu, sekilas pandang je). Rasa gemuruh mula menyelubungi dan saat itu, datanglah Dr. Naqiyah sambil menegur staf nurse nya, yang telah menempatkan saya di ruang tersebut. " Kenapalah you all letak patient aku kat hujung terpencil. Kesian patient aku tu." Haha


Sebelum bermula pembedahan, saya telah meminta Dr. Naqiyah memberi bius sebab terasa takut, manalah tau tiba-tiba tersedar semasa pembedahan berjalan.

"Doktor, saya nak ubat bius. Takut tersedar nanti."
"Haa...Gemuruh ke? Ubat bius mahal dik. Lagipun doktor bius kena datang untuk bius, mahal kena cas. Saya bagi ubat pelali atau ubat tidur, boleh?".
"Doktor, macamana kesannya?".
"Masa pembedahan nanti, adik cuma separuh sedar je".
"Err..taknak separuh sedar. Saya nak pengsan terus je, doktor. Takpun tidur masa operate nanti".
Dr. Naqiyah terus ketawa. "Macam ni lah. Saya bagi ubat tidur paling kuat, boleh? Nanti adik tertidur sampai lepas operation".
"Oh..yeke..kalau macam tu, boleh lah doktor."

Dr. Naqiyah terus meminta staf nurse nya memberi suntikan ubat tidur kepada saya. Selepas kedua-dua tangan saya diikat, staf nurse terus beri satu suntikan ke tangan kiri saya.

"Macamana? Rasa mengantuk tak?"
"Tak."
Suntikan kali kedua. "Rasa mengantuk tak?"
"Tak."
Suntikan kali ketiga. "Rasa mengantuk tak?"
"ZzzzZzz." Memang tertidur sepanjang pembedahan berjalan.

Kurang sejam, pembedahan selesai dan saya cuma sedar bila saya dibawa semula ke wad saya sambil disambut emak, ayah dan cik tunang. Ketika itu, saya masih dalam keadaan mengantuk walaupun terasa ringan badan disebabkan tiada saluran tiub lagi di bahagian abdomen kanan. Dr. Naqiyah memberitahu bahawa saya sudah boleh pulang ke rumah esok, jika keadaan mengizinkan. Alhamdulillah. Rasa gembira bila doktor kata dah boleh pulang. Petang tu juga, saya berselera untuk makan walaupun makanan hospital. Malam tu, Diane dan adiknya (student saya) pun datang melawat. Selepas Diane tahu yang saya boleh keluar hospital esok, Diane terus memberitahu prosedur-prosedur semasa discharged hospital nanti.


Esoknya, hari Sabtu, saya telah dibawa berjalan-jalan oleh cik tunang saya ke sekitar hospital sambil menunggu kebenaran dan bil pihak hospital serta approval pihak insurans untuk discharged. Diane turut berada di hospital ketika menunggu bil dari pihak hospital. Selepas solat zohor, saya telah dibenarkan discharged dengan follow up appointment medical dengan pihak hospital setiap 4 hari sekali. Alhamdulillah syukur atas nikmat yang telah Allah s.w.t. kurniakan kepada diri ini.


Sehingga tarikh lembaran blog ditulis ini, abdomen kanan masih lagi sakit (tak sesakit sebelum pembedahan) disebabkan proses sembuh mengambil dalam 6 minggu. Setiap hari, selepas mandi, saya akan menukar sendiri dressing pembalut kasa di bahagian abdomen. Memang sentiasa berdarah tapi ia adalah lendir yang keluar oleh badan bagi mempercepatkan proses sembuh. Alhamdulillah, saya boleh bergerak bebas walaupun masih berlubang di bahagian abdomen. Esok, 15 Januari 2013, saya akan kembali bertugas di pejabat.


Disini, saya akan selitkan beberapa gambar buat tatapan anda.




Keadaan saya selepas beberapa hari demam. Perut mula mengembung. Nampak sihat je kan.



Ubat yang telah diberi oleh klinik kesihatan kerajaan sebelum mengetahui mengidap sakit apendiks.




Keadaan sebelum dimasukkan ke wad.



Antibiotik dimasukkan pada malam pertama.





Saya menerima kunjungan dari Amir, Roy dan She'in.




She'in berbual sambil diperhatikan oleh Amir.



Dressing pembalut kasa perlu ditukar setiap hari. Tarikh: 13/01/2013



Parut yang masih berlubang, perlu dicuci antibiotik.




Dressing pembalut kasa yang telah kotor.



Pembalut kasa yang baru.




Dressing yang telah siap.




Perkakas perubatan yang digunakan.



Disini, saya ingin berkongsi dan menekankan dua perkara yang teramat penting dalam kita menjaga nyawa yang teramat berharga, berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Pertama, jika kita terasa demam atau sakit dimana-mana bahagian anggota badan terutama bahagian dada atau perut, jangan lah melambatkan atau menganggap ringan terhadap sakit itu. Masa kini, demam sahaja pun boleh membawa maut. Terus ke klinik berdekatan, tak kira lah klinik kerajaan ataupun swasta. Dapatkan khidmat nasihat doktor dan perubatan klinik tersebut. Jika sakit tidak berkurangan, pergilah ke klinik swasta yang lain (jangan terlalu kedekut dalam soal pembayaran khidmat perubatan). Jika sakit tidak berkurangan juga, teruslah ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut. Mungkin di sini, baru anda tahu apakah punca sakit anda. 

Jika anda tidak mampu atau tidak larat ke hospital, mintalah sesiapa membantu anda. INGAT, tindakan awal boleh menyelamatkan nyawa anda.


Kedua, dalam kita menjaga kesihatan, kita juga perlu bersiap sedia dalam menghadapi apa ujian dan dugaan dari Allah s.w.t. yang bakal mendatang. Kita tak tahu adakah kita akan sentiasa sihat esoknya walaupun kita bersenam dan menjaga pemakanan. Sakit sama seperti ajal, ia datang tak diundang. Esok lusa kita boleh jatuh sakit. Wallahualam.

Apakah persiapan yang dimaksudkan saya? Ia memang melibatkan persiapan perubatan dan sebagaimana yang kita tahu, perubatan memang melibatkan duit/ kos yang tinggi pada dunia moden kini. Bagi yang mempunyai sumber kewangan yang besar, kemungkinan tiada masalah dalam menampung kos perubatan. Tapi bagi yang mempunyai sumber kewangan yang kecil ataupun sederhana? Maka, perlulah kita persiapkan diri kita dengan mendapatkan insurans perubatan/nyawa. Masa kini, bermacam-macam insurans ada, mengikut kemampuan kita sendiri. Jangan terlalu berkira atau kedekut dalam mengeluarkan kewangan bagi membeli insurans. AIA, Etika, ING dan macam-macam lagi. Semuanya ada kelebihan dan faedah.

Mengapa saya menekankan dalam insurans ini? Kerana ia dapat menyelesaikan dan menampung kos perubatan yang mahal, yang kita sendiri tak mampu. Mengikut pengalaman, saya dan cik tunang telah pun mengambil Pru Takaful BSN dengan khidmat nasihat Diane sebagai agen kami. Sebenarnya, kami masih baru lagi mengambil pakej takaful ni. Pada mulanya, saya tak terfikir pun mengenai perubatan yang memang sedia ada dalam pakej ini iaitu dibekalkan medical card untuk digunakan dimana-mana panel hospital. Yang saya tahu hanyalah simpanan dan pelaburan untuk masa hadapan. Ketika itu, saya sihat walafiat dan tak terfikir bahawa di kemudian hari, saya bakal dimasukkan hospital untuk pembedahan apendiks pecah yang berkos tinggi.

Maka, ingatlah. Jangan lah berkira atau kedekut dalam mendapatkan insurans perubatan/nyawa. Ambillah walaupun kita masih muda dan sihat ini. Hari ini kita sihat, esok belum tentu kita masih sihat. Jika anda ingin mendapatkan agen insurans yang bagus seperti Diane, disini saya bekalkan no. HP nya buat anda: 012-2347 734 (maaf Diane, aku terpaksa promote kau sebab kau memang patut dapat kredit atas kredibiliti dan tanggungjawab).
Disini, saya bekalkan dua link info untuk bacaan anda.

http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20121125/kn_02/Rawat-segera-apendiks


http://www.mygosip.com/2012/06/almy-nadia-di-ambang-maut-gara-gara-apendiks.html


Akhir kata, saya ingin memaklumkan tempahan baju kemeja dan baju batik akan dibuka untuk tempahan selepas saya sihat sepenuhnya. In shaa Allah.



DOAKAN SAYA CEPAT SEMBUH YE!!

Tuesday 18 December 2012

Pre-Launching Pakaian M.Zul Part 2






“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah syukur atas nikmat yang telah Allah s.w.t. kurniakan kepada kita serta selawat dan salam buat Junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda s.a.w. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi'in sekalian.

Mohon kemaafan sekiranya admin terlewat upload gambar-gambar pakaian di dalam lembaran kali ini. Terlalu sibuk dengan akitiviti seharian admin dalam Disember yang telah pun separuh bulan berlalu.

Tanpa membuang masa, admin akan upload gambar-gambar pakaian untuk Pre-Launching pakaian M.Zul iaitu baju kemeja lelaki dan baju batik lelaki untuk lelaki berkerjaya dan berwawasan yang mementingkan gaya serta menonjolkan kekemasan dan ketampanan dalam diri.

Baju Kemeja


Baju kemeja yang sesuai dipakai bila-bila masa, bukan hanya untuk ke pejabat sahaja.


Baju ini khas untuk mereka yang mementingkan gaya.


Baju ini sesuai dipakai ke pejabat.


Kemasan di bahagian leher.


Kemasan di bahagian dada.


Kemasan di bahagian tangan.

Baju Kemeja Batik


Baju kemeja batik yang sesuai dipakai ke majlis.


Baju kemeja batik ini juga sesuai untuk penjawat awam.


Kemasan di bahagian dada.


Kemasan di bahagian tangan.


Kemasan di bahagian leher.


Sesuai dijadikan sebagai pakaian ke majlis mahupun acara rasmi.


Juga sesuai dipakai ke pejabat. 

Akhir kata, baju-baju ini belum dibuka untuk tempahan sepanjang bulan Disember ini, hanyalah Pre-Launching bagi memperkenalkan pakaian berjenama admin sendiri. Admin harap ia mendapat sambutan nanti. In shaa Allah.

(p/s: Kacak tak dua-dua model tu?)


JANGAN LUPA PROMOTE YE!!

Wednesday 5 December 2012

Pre-Launching Pakaian M.Zul





“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah syukur atas nikmat yang telah Allah s.w.t. kurniakan kepada kita serta selawat dan salam buat Junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda s.a.w. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi'in sekalian.

Bulan Disember telah pun membuka tirainya. Walaupun sudah masuk 6 hari ke dalam bulan yg ke-12 ini sewaktu admin menulis, ramai yang menunggu apa yang ingin admin aka M.Zul ke'tengah'kan di dalam setiap lembaran blog ini dan mana perkongsian yg dijanjikan. Ada yg sudah tahu, ada yg masih di dalam tanda tanya lagi. Hehe. 

Di sini, admin ingin membuat Pre-Launching untuk pakaian berjenama admin sendiri iaitu M.Zul. Ia masih di dalam peringkat percubaan dan admin mengharapkan sambutan dari pengunjung blog terhadap pakaian jenama admin di dalam tempoh Pre-Launching ini. Buat masa ini, pakaian yg diketengahkan adalah pakaian kemeja lelaki dan kemeja batik lelaki, khas untuk lelaki yg berkerjaya dan berwawasan. Mungkin disebabkan sifat setiap lelaki adalah untuk menonjolkan kekemasan dan ketampanan yg ada pada diri mereka (termasuklah admin sendiri). Kepada pengunjung yg berminat, boleh nyatakan comment anda atau e-mail kepada admin ( zulmusika@gmail.com ). Kata-kata semangat dan kritikan amat dialu-alukan dalam memperbaiki mutu (dan keunggulan) services blog admin sendiri. Setiap detail berkenaan pakaian tersebut akan di update kan nanti. Gambar pakaian tersebut akan di upload pada lembaran seterusnya.

Dipohon kemaafan jika terdapat kekurangan dari blog admin ini dan bagai yg dikata, ia di peringkat percubaan. Dan sebagai admin blog, apa yg akan dihiaskan di dalam setiap lembaran blog ini sebenarnya adalah hasil karya dan aktiviti admin sendiri. Admin menjanjikan yang terbaik buat pengunjung dan anda semua. In shaa Allah.

Akhir kata, admin akan upload dua (2) keping gambar untuk tatapan anda. Admin harap ia mendapat sambutan nanti. In shaa Allah. (p/s: Kacak tak modelnya?)





JANGAN LUPA PROMOTE YE!!

Tuesday 27 November 2012

Countdown To The Upcoming Disember





“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah syukur atas nikmat yang telah Allah s.w.t. kurniakan kepada kita serta selawat dan salam buat Junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda s.a.w. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi'in sekalian.

Berita baik buat pengunjung blog saya aka M.Zul. Bulan Disember 2012 bakal menjelma. Sesuatu yang baik akan menjadi penghias setiap lembaran blog ini dan akan dikongsikan kepada anda semua.

Perancangan untuk blog ini telah dibincangkan sebelum ini dan kedatangan Disember ini bakal memberi suatu pendedahan tujuan blog ini. Saya menjanjikan yang terbaik dan harapan saya telah di'khas'kan untuk pengunjung dan anda semua. In shaa Allah.

Akhir kata, saya sendiri pun tidak sabar menunggu kedatangan Disember ini yang hanya beberapa hari untuk di'countdown'kan. Pasti anda tertanya-tanya kan?



JANGAN LUPA PROMOTE!!

Wednesday 21 November 2012

Salam Pembuka Bicara Dan Perkenalan




“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah atas nikmat Islam, Iman dan Ehsan yang telah Engkau anugerahkan pada hamba ini, semoga ianya terus kekal subur. Selawat dan salam buat pembawa rahmat ke seluruh alam, Nabi Muhammad s.a.w kaum kerabat Baginda s.a.w. Tidak lupa juga buat para sahabat, dan umat Islam yang setia mengikutinya.

Salam perkenalan dan salam pembuka bicara buat semua dari diri ini. Mohon tunjuk ajar kepada diri ini yang masih baru menjejak kaki ke dalam dunia blog ini. Setiap manusia ada kekurangan dan ada kelebihan. Dengan kelebihan itu, kita isikan kekurangan itu bersama-sama. Mari kita ber istiqomah dengan “bismillah” dalam setiap permulaan kerana keberkatan dan hikmah dari secebis kalimah itu. “Beruntunglah mereka yang sentiasa ingat Allah dalam setiap perkara yang mereka lakukan”.

Memang ada kisah dan tujuan saya membuka lembaran blog ini. Macam-macam yang bermain di dalam fikiran ini, namun niat saya hanya ingin berkongsi buat anda semua. Harap ianya dapat membantu diri ini dan anda semua dalam setiap perkara. Inshaa Allah.

Sebelum mengakhiri lembaran ini, mari kita sama-sama dekati dan berdoa buat saudara se Islam kita yang berjuang di Gaza, Palestin. Bantu apa yang kita termampu tak kira melalui yang tersurat mahupun yang tersirat.



SAVE GAZA & SAVE PALESTINE